PENTING : Doa Khusus Elak Dirogol Dan Dicabul

KES jenayah berkaitan keganasan seks seperti rogol, liwat dan sumbang mahram dilaporkan semakin meningkat sejak lima tahun lalu. Berdasarkan statistik, keganasan jenayah seks yang dilaporkan pada 2005 ialah 2,427 kes manakala 2,943 (2006); 3,689 (2007); 3,986 (2008) dan 4,238 (2009), keseluruhannya 17,283 kes.

Jumlah tangkapan bagi kes jenayah berkenaan semakin meningkat daripada 1,504 orang pada 2005 kepada 2,701 pada 2009 iaitu peningkatan 1,197 orang. Manakala bagi jumlah pesalah yang didakwa di mahkamah sepanjang tempoh itu bagi kesalahan rogol, liwat dan sumbang mahram ialah 1,437 orang di mana bagi 2005, jumlah pesalah yang didakwa ialah 308 orang; 410 (2006); 304 (2007); 228 (2008) dan 187 (2009).

Menurut statistik dikeluarkan polis, daripada keseluruhan 13,134 kes dilaporkan sepanjang 2000 hingga 2008, Selangor mencatatkan bilangan kes rogol tertinggi iaitu 2,403 kes, diikuti Johor (2,186), Kedah (1,164), Sabah (1,034), Perak (939) dan Kuala Lumpur (847), Pahang (722), Sarawak (715), Kelantan (636), Negeri Sembilan (623), Pulau Pinang (622), Melaka (588), Terengganu (521) dan Perlis (134). Secara relatifnya, kemajuan sesuatu negeri dilihat menyebabkan bilangan penduduk bertambah serta menjadi tumpuan ramai dan secara logiknya, lebih ramai populasi penduduk maka lebih tinggi kadar jenayah yang berlaku.

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini. Iaitu :-

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Fikirkanlah.

Source: MyNewsHub.my

Incoming search terms:

Kisah cinta lewat usia

DALAM urusan percintaan, ada beberapa persamaan yang pastinya dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia.

Misalnya, bangkit perasaan berbunga-bunga saat sedang jatuh cinta, sehingga ada di antara anda mengalami tekanan perasaan, rasa sedih dan sakit hati disebabkan patah hati. Namun, dari segi sasaran dan prioritasnya, ia jelas berbeza.

Usia 30-an

Ini merupakan saat di mana anda mula memikirkan alam perkahwinan dan mencari seseorang untuk dijadikan teman hidup. Tetapi malangnya, anda seringkali diketemu dengan orang yang tidak tepat, di saat atau di tempat yang tidak sepatutnya anda menjalinkan hubungan dengannya.

Anda juga akan berfikir, kenapa begitu sulit untuk bertemu dengan seseorang seperti yang diidam-idamkan selama ini.

Selain itu, anda akan memikirkan impaknya apabila anda mula jatuh cinta dengan seseorang yang tidak secocok, seperti yang didambakan selama ini. Akhirnya, masalah besar akan timbul. Agar tidak terlepas daripada segala kebimbangan, langkah yang disenaraikan minggu ini seharusnya diterapkan.

* Tentukan batas waktu

Saat anda merencanakan untuk mendirikan rumah tangga, tetapi pasangan tidak sependapat dengan anda dengan memberi pelbagai alasan serta pertimbangan, langkah pertama adalah dengan menentukan batasan waktu.

Beri kekuatan kepada diri sendiri, bilakah masa terbaik bagi menamatkan zaman bujang. Misalnya, anda menetapkan satu tarikh lain untuk memulakan bicara pernikahan dengan pasangan.

Tiba sahaja waktu yang telah anda tentukan, katakan kepadanya hasrat atau tujuan dan keinginan anda yang terpendam.

Sekiranya, tiada sebarang perubahan atau si dia masih terpinga-pinga untuk menjawab lamaran anda, kenapa harus membuang masa. Jadi, lakukan perkara yang difikirkan terbaik untuk anda.

* Fleksibel

Setiap orang mempunyai minat dan hobi yang berbeza-beza. Oleh itu, walaupun anda saling menyintai, masih timbul hal-hal kecil yang harus dihadapi. Dalam hal ini, bincang sebab dan cara penyelesaiannya.

Apabila pasangan memilih untuk menonton televisyen di rumah dan anda pula mengajaknya keluar, cari jalan penyelesaian. Misalnya, ajak dia minum kopi di sebuah kafe, kemudian barulah membawanya menonton pertandingan bola sepak kegemarannya di rumah. Ingat, tiada siapa yang dapat mengubah seseorang, selain insan yang benar-benar dia sayangi.

Dalam urusan percintaan, terdapat beberapa persamaan yang pastinya akan dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia. Misalnya, perasaan berbunga-bunga saat sedang dilamun cinta, sehingga membuatkan seseorang berasa sedih dan sakit hati disebabkan patah hati. Namun, dari segi sasaran dan prioritasnya jelas berbeza.

Usia 40-an

Biasanya pada usia ini, mereka yang gagal dalam perkahwinan akhirnya akan memilih jalan singkat iaitu penceraian. Mereka yang gagal dalam perkahwinan pertama dulu, sekiranya kembali bercinta, biasanya mereka sudah lupa cara-cara menjalin hubungan atau berasa ragu untuk melakukan sesuatu walaupun telah menemui pasangan yang secocok.

* Perbaiki keterampilan bercinta

Apabila anda ingin bercinta buat kali kedua selepas putus ikatan perkahwinan, anda seharusnya menenangkan diri dahulu. Lakukan introspeksi dengan meminta seorang rakan menjadi teman kamu. Tanyakan kepadanya, apa kekurangan yang ada pada diri anda atau adakah anda perlu memperbaiki penampilan. Mungkin anda tidak menyedarinya secara langsung.

Satu perkara yang perlu diingatkan, perubahan yang anda lakukan tidak bererti anda harus berubah secara drastik. Anda tidak perlu melakukan pembedahan plastik untuk memperbaiki hidung atau anggota lain yang dianggap boleh memberi tuah kepada anda.

* Elak bercinta selepas cerai

Bagi sesetengah pasangan, mereka dilihat begitu terdesak untuk bercinta lagi sebaik sahaja baru bercerai. Apabila bercerai, anda memerlukan waktu untuk menyembuhkan luka lama dan bermuhasabah diri, misalnya mengapa terjadi perceraian. Ini penting agar kegagalan tersebut tidak berulang kembali.

Untuk mengetahui bahawa anda benar-benar ingin bercinta lagi, tanyakan kepada diri sendiri:
#Adakah anda menganggap semua lelaki tidak guna?
Atau adakah semua wanita materialistik?
#Adakah anda terikat dengan pelbagai kegiatan, selain anak-anak dan pekerjaan?
#Adakah anda dapat mengendalikan diri dan dapat membentuk kehidupan percintaan baru?

Sekiranya jawapan anda ‘ya’ untuk semua pertanyaan di atas, bererti anda memiliki sikap dan pendirian yang sebenar.

* Hati-hati dengan buah hati

Tiada masa untuk bercinta? Luangkan waktu untuk bercinta dengan membawa anak-anak ke rumah sanak keluarga mahupun ibu bapa atau pengasuh yang boleh dipercayai. Anda tidak perlu memperkenalkan teman baru kepada anak-anak, tetapi cukup hanya mengatakan kepada mereka bahawa jika mereka memiliki kawan, maka anda juga memerlukan teman baik.

Perlu diiingatkan, anda seharusnya berterus-terang kepada anak-anak tentang apa juga yang anda rasakan ketika itu. Jangan sesekali menyimpan rahsia, takut nanti perkara tersebut terlepas ke telinga mereka tanpa diduga daripada pihak lain. Jika ini berlaku, masalah lain pula akan muncul. – kosmo

Incoming search terms:

Hukum suami isteri menonton filem lucah untuk belajar

SOALAN :

ASSALAMUALAIKUM UZTAZ.SAYA NAK BERTANYA MENGENAI MENGAJAK ISTERI MENONTON FILEM LUCAH UNTUK TUJUAN MEMPELAJARI TENTANG CARA-CARA MELAKUKAN SEKS.INI KERANA ISTERI SAYA TIDAK BEGITU PANDAI MELAKUKAN SEKS DAN UNTUK MERANSANGKAN NAFSUNYA DULU SEBELUM MELAKUKAN HUBUNGAN KELAMIN.APA PENDAPAT USTAZ?

JAWAPAN :

Wa’alaikumussalam,

Hukumnya haram secara sepakat ulama walaupun niatnya baik. Ia diharamkan kerana :-

Pertama : Islam mengharamkan melihat aurat orang lain, terutamanya bahagian sulit. Nabi SAW bersabda :

Ertinya : “Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain”

Sudah tentu apabila melihat filem tersebut, akan dilihat aurat si pelakon tadi malah dalam keadaan yang tidak diizinkan oleh Islam pula.

Kedua : Islam juga tidak berapa menggalakkan si suami melihat kemaluan isteri dan begitu juga sebaliknya, sebagaimana displin seks Islam yang dinyatakan oleh Sayyidatina Aisyah r.a berkenaan hubungannya dengan baginda SAW. ( Hadith ini adalah lemah, bagaimanapun ia dikira sebagai adab sahaja berdasarkan umum dalil-dalil lain). Jika demikian hukumnya, maka sudah tentu melihat kemaluan selain pasangan yang halal di dalam filem lucah lebih lagi ditegah oleh Islam.

Ketiga : Terdapat cara lain untuk mempelajarinya, iaitu dengan membeli buku panduan seks dalam Islam yang melakarkan gambar-gambar lukisan sahaja.

Keempat : Filem-filem ini sudah tentu dilakonkan oleh orang bukan Islam serta sudah tentu menjalani hubungan seksual tidak menurut displin Islam dalam hubungan seks. Termasuklah melakukan seks secara yang diharamkan oleh Islam. Justeru, meniru teknik yang diharamkan sudah tentu diharamkan juga.

Sebagai contoh, Islam tidak menggalakkan suami isteri bersama dalam keadaan telanjang bogel sebagaimana disebutkan sebagai salah satu displin adab melalui hadith :-

“Apa seorang kamu ‘bersama’ isterinya maka janganlah kamu bertelanjang bogel ( bermakna perlu berselimut)” ( Riwayat Ibn Majah 1/619 no 1921 )

Demikian juga displin dan adab-adab lain seperti berdoa sebelum bersama, tidak mendatangi isteri dari duburnya, tiada oral seks, berwudhu jika ingin bersama kali kedua sebelum mandi dan banyak lagi adab dan hukum Islam yang tidak akan dapat dipelajari dari filem lucah itu. ( Nizom al-Usrah, Dr Md Uqlah, 2/16-17)

Kelima : Dibimbangi si suami atau isteri akan terbayangkan pasangan pelakon di dalam filem lucah tersebut. Maka ia jatuh ke dalam perkara haram yang lain pula.

Keenam : Nabi Melarang menceirtakan perihal sulit aurat orang lain, apatah lagi melihatnya di dalam video seperti ini.

Nabi SAW bersabda :

Janganlah seorang wanita melihat aurat wanita lain, lalu menceritakannya kepada suaminya sehingga seperti (suaminya) melihatnya ( Riwayat Al-Bukhari )

Kesimpulannya, diharamkan menggunakan filem lucah samada untuk menaikkan syahwat suami isteri mahupun sebagai pengajian.

Kredit: http://zaharuddin.net/

Incoming search terms:

HPV bukan bermakna kanser servik

Bersama Dr Suhaimi Isa
bminggu@bharian.com.my

SOALAN
ASSALAMUALAIKUM doktor, saya berusia 29 tahun dan disahkan hamil sembilan minggu.
Baru-baru ini, doktor mengesahkan saya menghidap Human Papilloma Virus (HPV) selepas Ujian Pap Smear menunjukkan keputihan yang abnormal. Minggu depan saya dijadual menjalani ujian Colposcopy. Saya sangat tertekan kerana masih belum pasti sama ada ia bersifat kanser atau tidak.
Antara kemusykilan saya ialah:
1. Adakah HPV akan menjejaskan kandungan seperti risiko keguguran, lahir pra-matang dan komplikasi lain.
2. Adakah virus ini akan dipindah kepada bayi saya.
3. Adakah benar, kelahiran melalui pembedahan lebih kurang risikonya berbanding normal
Rosmah, Kota Tinggi
JAWAPAN
UJIAN Pap smear bertujuan mencari bukti awal yang sel di pintu servik mempunyai potensi untuk merubah ke arah sel kanser. Tetapi dari ujian Pap smear ini, kadangkala ada tanda-tanda sel ini sudah dijangkiti virus Human Papilloma Virus atau HPV. HPV adalah penyebab utama sel normal menjadi sel kanser.
Bagi memastikan sama ada seseorang dijangkiti virus ini, maka ujian khas yang dikenali Ujian DNA HPV boleh dilakukan. Keputusan dari ujian DNA ini dapat memberitahu kita ‘sub-type’ HPV yang ada pada pintu servik.
Sub-type HPV 16 dan 18 adalah paling berisiko tinggi. Ada sub-type lain yang mempunyai risiko sederhana. Ada juga sub-type HPV 11 yang menyebabkan ketuat genital (genital warts) pada bahagian kemaluan biasanya.
Puan, jika puan disahkan pengidap HPV, ia bukan bermakna puan mempunyai kanser servik. Seperti jangkitan virus lain seperti HIV, ia bukan bererti seseorang mempunyai AIDS.
Virus HIV, HPV mahupun Hepatitis B boleh dibawa atau dihidapi oleh semua orang tetapi hanya sebahagian kecil pengidap virus-virus ini akan berkembang menjadi penyakit serius. Contohnya pengidap HIV akan berkembang kepada AIDS, HPV akan berkembang kepada kanser servik dan Hepatitis B kepada kanser hati.
Oleh itu, jika ujian DNA HPV ini positif, maka kami akan tekankan kepada pesakit bahawa mereka tidak boleh ponteng ujian Pap smear. Ini kerana kami tidak tahu bila sel yang dijangkiti HPV ini akan terus berkembang kepada sel kanser. Pemantauan ini amat penting bagi wanita yang Oleh itu, jika ujian DNA HPV ini positif, maka kami akan tekankan kepada pesakit bahawa mereka tidak boleh ponteng ujian Pap smear. Ini kerana kami tidak tahu bila sel yang dijangkiti HPV ini akan terus berkembang kepada sel kanser. Pemantauan ini amat penting bagi wanita yang mengidap HPV.
Ada juga doktor yang melakukan kolposkopi bagi melihat dengan lebih jelas dan tepat kawasan di pintu yang tidak normal. Kawasan ini perlu diambil biopsy sekiranya perlu. Bagi saya, pemantauan dengan Pap smear sudah cukup sehingga wujud bukti suatu hari nanti ia menyebabkan sel-sel ini berubah kepada fasa pra kanser.
Tambahan pula puan sedang hamil, mungkin kurang sesuai jika dilakukan biopsy.
Perdarahan boleh berlaku dan jika perlu, elok dilakukan selepas bersalin. Apa yang puan bimbangkan mengenai masalah yang boleh timbul seperti keguguran dan kelahiran pra matang adalah tidak benar. HPV juga tidak menyebabkan kecacatan pada bayi puan. Sekiranya HPV ini boleh menjangkiti bayi puan ketika proses kelahiran berlaku, kesannya pada bayi puan amat kecil sekali.
Kebiasaannya, bayi puan dapat dapat menghasilkan sendiri antibodi untuk melawan HPV ini. Jika ada HPV Subtype 11, maka ia boleh menyebabkan ketuat dalam kod vokal si bayi tetapi ini amat jarang berlaku. Masalahnya kini, kami tidak mempunyai apa-apa rawatan untuk HPV kecuali puan mempunyai ketuat genital tadi.
Oleh kerana kebarangkalian bayi ini dijangkiti HPV adalah terlalu rendah dan kesan sampingan adalah minimal dan terlalu kecil, maka kami membenarkan kelahiran secara normal berlaku. Ini berlainan dengan jangkitan HIV di mana kebarangkalian pembedahan adalah tinggi bagi mengelak HIV menjangkiti bayi.
Itupun bergantung kepada jumlah HIV yang ada dalam pesakit. Jika jumlahnya kecil, maka maka mereka ini boleh melahirkan secara normal.
Saya harap penjelasan ini tidak mengelirukan puan kerana terma saintifik perlu digunakan bagi menjelaskan keadaan puan. Secara amnya, puan tidak perlu khuatir apa-apa dan teruskan saja kehamilan ini.
Info
Bagi anda yang memiliki kemusykilan mengenai kesihatan, sila hantarkan soalan kepada “Doktor di Berita Minggu” melalui e-mel, bminggu@bharian.com.my atau melalui pos di alamat Berita Minggu, Berita Harian Sdn Bhd, Balai Berita, 31, Jalan Riong, Bagi anda yang memiliki kemusykilan mengenai kesihatan, sila hantarkan soalan kepada “Doktor di Berita Minggu” melalui e-mel, bminggu@bharian.com.my atau melalui pos di alamat Berita Minggu, Berita Harian Sdn Bhd, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.
-Bharian

Incoming search terms:

Seluar dalam anti bau kentut!

Tweet

Saat menderita perut kembung, seseorang sering merasa tersiksa saat berada di tempat umum kerana takut buang angin yang dapat menyebabkan bau. Tapi kini tak perlu khuatir, peneliti baru saja menemukan seluar dalam yang boleh meredam bau, termasuk bau kentut.

Orang yang mengalami perut kembung sekarang tak perlu khuatir harus buang angin di tempat umum, kerana peneliti dari Australia telah menemukan dan memasarkan seluar dalam yang boleh meredam dan mencegah bau keluar. Seluar dalam tersebut khusus dibuat untuk lelaki dengan menggunakan nanaoteknologi yang dirancang dapat mencegah bau kurang sedap keluar melalui kain.

Idea pembuatan seluar dalam khusus ini berawal dari seorang pengusaha asal Australia yang tak berdaya menahan rasa malu saat mengalami perut kembung di pejabatnya. “Saya memimpikan konsep pakaian 4SKINS yang menahan bau ini setelah saya dan beberapa anggota keluarga saya menderita perut kembung,” jelas Gilbert Huynh, pengusaha 4SKINS, dilansir Foxnews.

Menurutnya setelah mengalami keadaan tersebut, ia berpikir untuk membuat seluar dalam yang tidak hanya nyaman digunakan tetapi juga boleh dimanfaatkan untuk menahan bau yang tidak sedap agar menghindarkan dari rasa malu. “Jika ini membantu mengurangi jumlah bau, maka akan jadi sebuah peluang yang besar, terutama bagi orang yang mengalami kembung dan harus sering buang angin,” jelas Huynh. Setelah dua tahun penelitian dan pengembangan, termasuk pengujian terhadap 50 sukarelawan, Huynh akhirnya dapat menyelesaikan projek tersebut dan memprodsi seluar dalam yang menjadi solusi dengan menggabungkan kenyamanan dan gaya.

Rahsia seluar dalam yang dapat menahan ancaman metana ini adalah teknologi yang disebut dengan kain Neutraliser. Kain yang dibuat dengan Nano-Tex ini tidak seperti solusi lain yang dimaksudkan untuk mengurangi bau, tetapi untuk menahan bau yang keluar. Bau dibalik seluar ini dipastikan tidak keluar, sehingga memungkinkan orang-orang di sekitar pemakai boleh bernafas. “Saya pakai sendiri dan melakukan beberapa ujian dasar. Lalu keluarga dan teman-teman saya juga memakainya dan mengatakan ini benar-benar berfungsi,” tutup Huynh

sumber : detik.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Switch to our mobile site